Thursday, October 27, 2011

StOrY : Alahai EXAM !! (2)



Aku teruskan dengan tips-tips
 
     SEMASA EXAM :-
1. Tulis nama dengan kelas korang kat kertas soalan, kertas OMR, test pad, kertas graph, yang diberi. Kalau yang test pad tulis nama dan kelas dekat setiap helaian yang korang guna. Kalau kertas prinsip perakaunan ada banyak kertas yang digunakan macam kertas jurnal, kertas lejar dan laen2 lagi, so kene tulis nama jugak. lepas tuu check bilangan m/s yang ada. Amalkan tulis nama dan kelas dulu sebelum start jawab exam korang. Taulah excited bila dapat kertas soalan kan :-P tapi kalau korang kelibut sangat sampai tak sempat menyempat tulis nama dulu sblm jawab soalan korang mungkin akan terMISS nak tulis nama. Nak-nak masa cikgu cakap 'masa dah tamat..sila LETAK PENSIL anda ' Kalau pekena cikgu disiplin ke cikgu yang garang tahap crocodile yang cakap memang korang menyesal gilerlah. Lagi satu kan kalau korang baru nak tulis nama dan kelas masa cikgu dah nak sampai kutip kertas korang kan mesti korang rasa menggelabah dan malu sebab cikgu tu mesti tunggu kat depan meja korang dan ini akan menyebabkan ramai kwn korang pandang dengan muka simpati. Lepas tuu bila cikgu dah selesai kutip mesti ada kawan korang yang tanya " Wei kenapa dengan kau tadi ?  tak sempat jawab ke ?" lepas tu korang memenatkan lidah je nak jawab soalan tuu. HUH

2. Jawab soalan yang senang dulu... baru jawab yang susah. Kalau korang jawab yang susah dulu gerenti tak sempat jawab soalan yang lain. Kalau tak boleh jawab ikut teori dalam buku...korang boleh fikir ikut logik akal & common sense. Kalau tak dapat jawab jugak kau kenelah tutup mata dan dengan  redanya  hentam  jawapan dia. Tulah sape suruh tak tahu :-P Kalau ikut cara budak kecik macam aku eenie meenie miney mo lah jawabnye. Kadang2 aku baca basmalah ke tasbih ke dekat pilihan jawapan tuu. huhu... macamlah korang tak pernah buat...

3. Lepas dah abis jawab...JANGAN TIDUR LAGI... korang check dulu jawapan korang tuu dah cukup 40 lorekan ke kat kertas OMR tuu, Kalau kertas subjektif jangan biarkan kosong kau hentam je. Kalau nak tidur pun tengok lah subjek apa...  hehe aku bukan nak ajak buat jahat tapi nie memang mengikut kajian aku yek... selalunya subjek yang perlukan penghafalan bab makna dari segi bahasa dan istillah, 3 kelebihan orang beriman ke 2 akibat mengumpat ke mesti subejek tuu orang senang tidur. Korang paham2 jelah subjek mana. Aku rasa takde atau jarang kot orang tidur masa add math.. HUH gile ke nak tido masa tuu..

















No comments:

Post a Comment