Sunday, January 22, 2012

StOrY : Effect Tentang Dhia


Dhia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Cuba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

  Walaupun drama Tentang Dhia ni dah lama tamat, tapi 'effect' dia masih ada lagi. Oleh sebab drama ni disiarkan masa cuti sekolah 2011, bukak sekolah je perkara2 yang dibincangkan ialah
"ko tengok citer tentang dhia ?"
"ala..last2 dua-dua mati. Sweet sangat."
"Kau nangis ke? aku nangis dowh, mak aku pun nangis."
"Mak aku tak puas hati, sebab tak tahu apa jadi kat mak Zikir tuu"
"Weii..SPM kan tahun ni. Tapi korang tengok tak citer lepas tuu gemersik kalbu? Citer novel tu!!"
Ahaha..memang tak sedar diri lagi..
  Bila cakap je drama Tentang Dhia, mesti aku teringat lagu dia...lirik kat atas tuu.
Seriously aku ingat lirik dia....    Dhiaaa..khayalan pencinta, selama ini ku harapkan..
Rupa-rupanya Dhiaaa yang aku cinta... ceh.. masa tengok drama ni pun dengan famili aku, aku selamba je nyanyi lirik salah...diorang pun ingatkan lirik dia macam tuu. Sebab lirik dia bunyi lebih kurang macam tu kan.. hehe.. aku pun suka jugak part 'Merelakanku menjadi milikmu, itu yang ku mahu..'
Wahhh part tuu memang aku rasa cam syahdu je suara Adi Putra. Macam dia tengah nyanyi untuk aku je.. <memanglahakuniecepatperasantau>
  So, pengaruhnya citer ni, buatkan aku respect kat Dhia yang bila dapat tahu mak mertua dia bomohkan dia, dia berani tau nak hentam mak mertua dia walaupun Ku Salmi tak mengaku. Aku suka tau jenis perempuan2 macam ni. Pastu berani jugak bagitau Zikir tapi last2 accident pulok. Yelah nak dijadikan cerita kan. Perempuan cam Dhia ni lah yang aku kata berani kerana benar. Kalau terjadi kat aku pun, aku akan buat macam tu.. ceh wah. Yelah, takkan lah nak biar je kata "takpelah...biar jelah. Yang dah jadi tu jadilah.." Takde2 kalau aku, aku pun akan perli2 mak mertua aku. Hahah.. <tiba2akuberkobar-kobarni..>
  Effect kat sekolah pulak, masa tu tengah belajar subjek Syariah Islamiah, pasal tajuk Ma'rifah Allah(mengenal Allah)-Tauhid Al-Uluhiyyah yang maksudnya beriman dan percaya Allah adalah tuhan yang berhak disembah dan dipatuhi. Lepas tu Ustazah kata..
"Kita mesti jauhi perkara2 yang boleh mensyirikkan Allah. Kalau orang tu jumpa bomoh ke.."Ustazah berhenti kejap sambil jari telunjuk dia menghala ke arah kitorang.
Lepas tuu aku jerit mencelah "Pak Boon ustazah...Pak Boon" Ustazah sengih pastu sambung..
"Haa.. kalau orang tuu jumpa Pak Boon...macam mana?"
Bebudak kelas aku yang lain dah gelak2.. Yelah ustazah pun layan sekali cerita tenntang Dhia. Sebab cerita tuu ada mesej yang nak disampaikan sebenarnya.


p/s-Dah lama aku rasa tak tengok cerita drama melayu yang best cam gini. :-)

No comments:

Post a Comment